Pengenalan
Setelah diam dan sepinya gendang pertarungan catur di Brunei setengah bulan yang lalu, kini bumi Melaka bakal bergegar dengan gegak gempita kompang, nafiri, nobat menyambut kedatangan pendekar catur ke kejohanan catur yang boleh dianggap antara yang paling mewah di Malaysia.
Sejarah
Hubungan Melaka dengan catur bermula ratusan tahun dahulu. Tun Seri Lanang didalam karya tersohornya, Sejarah Melayu, mengatakan ada seorang Pasai, Tun Bahara yang sangat pandai bermain catur di Melaka dan mengalahkan semua orang Melaka dengan mudah. Sini.
Aduh! Adakah ini pembayang maksud bahawa orang Pasai (Indonesia) bakal sekali lagi menjinakkan orang Melaka (Malaysia)...itu untuk sama-sama kita saksikan.
Awal Cerita
Menurut Najib orang yang bertanggungjawap menzahirkankan kejohanan ini ialah Khairi Jansar (KJ) dan ala Hollywood, mereka (Khairi, Najib dan Greg) terpaksa memecah masuk majlis VVIP, bersua dan bertegur sapa dengan Datuk Seri Najib, Datuk Seri Ali Rustam, Tan Seri Ramli dan seterusnya...sini. Sebetulnya tiada apa yang nak dihairankan, kombinasi nama KJ dan Najib pastinya membuka mana -mana pintu! :)
Kontroversi
Gempar seketika bila timbulnya isu tentang ‘nasihat*’supaya tiadanya kejohanan catur tempatan yang bertembung dengan kejohanan ini...
Entahlah, saya tiada sebarang komen mengenai nasihat tentang tiadanya kejohanan catur bertembung dengan kejohanan ini...tunggu! mungkin ada sedikit komen, rasanya apabila dua sahabat berbeza pendapat, 2 sahabat yang telah lama saling mengenali demi minat mereka terhadap permainan ini , etika yang betul sebagai seorang dewasa ialah tidak perlulah membatu apikan perkara itu...
‘Nasihat*’- Entah mengapa ketika jari jemari ini mengeja perkataan nasihat, teringat kata-kata dari filem P Ramlee –Masam-masam manis. ‘Aku bukannya marah...aku nasihat!’ :)
Tumpuan
Tumpuan sudah pastinya tertumpu kepada si cili padi Li Tian. Adakah akan meneruskan kehebatannya bercatur di aras stratosfera 2400? Atau mungkin aras lebih tinggi lagi-‘Milky Way’ 2600, siapa tahu?
Apakah episod buruk prestasi Mas Hafizulhelmi telah berakhir di Brunei dan kita bakal menyaksikan Mas yang baru...mungkin lebih tepat kalau saya menggunakan istilah Mas yang lama, Mas yang kita kenal, yang gagah menumbangkan lawan seperti Hang Tuah menewaskan penderhaka sultan tanpa belas kasihan...
Di Brunei Adik-adik lebih menyinar dari abang-abang. Kini abang-abang tampil lebih gagah dengan tambahan Abang Jimmy dan Abang Mok. Marilah kita saksikan babak kedua sisi pertarungan tidak rasmi ini diantara adik dan abang, siapa yang lebih menyerlah.
Harapan
Harapan saya semoga:
Arbiter dapat melakukan ‘Peter Long’, menyiarkan perlawanan yang ‘bersejarah’ dalam masa beberapa jam selepas perlawanan berakhir
Keputusan perlawanan dapat disiarkan dalam masa sebenar (ketika keputusan dilaporkan) di chessresult.com, juga ala Peter Long di Brunei, dan bukannya secara sekaligus sebagaimana lazim. Dengan cara ini peminat catur dapat mengetahui secara benar masa, aksi mana yang benar hangat dan aksi mana yang ‘hangat hangat tahi ayam’.
Ada pemain Malaysia yang mendapat norma.
Mas kembali mengganas.
Akhir kata
Selamat bertarung dan meminjam kata-kata keramat dari filem ‘The Hunger Games’...Semuga kelebihan kekal berpihak di tangan anda!.
"May the odds be ever in your favor!" dari filem Hunger Games.
ReplyDeleteIlham,
Bagus juga kalau diselang-selikan dengan BM ye? :)
Ha ha ha... Sejak bila pulak jadi "Munshi" Nor Ilhamuddin?
ReplyDeleteTo be honest, I was quite disappointed that you were not able to make it to Melaka but understanding the situation - we are all working (me included now!!), taking off is not that easy. I tweaked my contract nicely so that I will not be working during the next two weeks (and I got my wish) but on Monday, April 23rd, I still have to rush back to attend a meeting with a client in KL.... *sigh*
In any case, I will try my best to make sure that the event is reported "almost LIVE" especially with the game results, pairing and atmosphere - more closely, on the performance of our leading players i.e. MAS, LI TIAN, ALIA and a few others including YIT SAN and YIT HO.
But please.... ALL CHESS PLAYERS IN MALAYSIA. Let's converge to Melaka for the 750 YEARS MELAKA INTERNATIONAL CHESS FESTIVAL starting this Saturday, 21st April 2012. SEE YOU THERE!
Hi abdooss,
ReplyDeleteMesti dah tengok filem Hunger Games nie! Agaknya cara Malaysia nak dapatkan GM iala h kena tiru Hunger Games
1. Setiap negeri kena hantar seorang budak laki2 dan perempuan
2. Bagi training, coaching cukup-cukup...siap dengan reality show lagi...
3. Pemain yang kalah...(you know!)
4. Pemain yang first dapat GM title menang dan kaya seumur hidup!
Guna BM nie sebab nak jawap soalan ada dua orang tu...kenapa Abah selalu tulis orang putih jer? Abah tak pandai tulis Bahasa Malaysia ke?
Hi Najib,
Munshi Nor Ilhamuddin !?...MNI...Macam syarikat Insuranlah pulak :)
Harapan kepada adik-adik, abang-abang, pemain Malaysia yang bakal berentap di Melaka...semuga ada yang pulang membawa norma catur (Bukannya pulang membawa Cik Normah ya...abang-abang! :) )
Wahai kawanku Ilham yang maha berilham,
ReplyDeletebahasa klasikmu bergaya tapi gua tak paham,
terpaksa habis saya cari kamus di google,
namun demikian ia cuma translate a little.
:-(
seng
Wahhh... Chin Seng hebat berpantun, saya juga terpegun.
ReplyDeleteTahniah Chin Seng saya tak menjangka lansung anda boleh berpantun.
ReplyDeleteWaktu petang hujan lebat
ReplyDeleteYCS memang hebat!
Allows me to explain the meaning of this posting...over 3 teh tariks! ;)
Hi Arshad, thanks but don't you notice that Eddy was berbalasing pantun with me :-)
ReplyDeleteAnd Ilham, of course i will love to spend the 3-teh-tariks to exchange for your gan-co-piano variation. Shhh...